Archive for November, 2009

10 surah yg mujarab~

Posted in islam on November 18, 2009 by miss shieyda

Salam semua~

today nak share 10 surah dlm Al-Quran yg mujarab, dan digalakkan utk diamalkn oleh Nabi Muhammad S.A.W…

pesanan ni utk diri sy jugak yg sll lupe…buleh sentiasa nyanyi lagu, tp surah lupe plak…apela Syida oiii~

so, Selamat Beramal~!!! ^^


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHA
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL -MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL -FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

haish~

Posted in cOrEt-CoreT, L.O.V.E on November 15, 2009 by miss shieyda

sy ni mmg ngade2 la…ckit2 nak nanges~

lembik sgt la kamu ni Syida~~

cuba kuat ckit, cuba tahan ckit air mata tuh…

kamu dah besar, n plus knp perlu nanges??

4 hari jek, n bkn utk bnd x elok…

haish~


(tp sy sgt rindukan die…cptla balik incik~!!! T.T)

1st OK~

Posted in ..dokter muda.. on November 15, 2009 by miss shieyda

friday, 13 nov 2009…

fess tym entering OK as dokter muda~ ^^

OK actually stands for “operation kamar”, which is in Bhs Belanda, sgt beza dgn yg sll digunakan di Msia, OT “operation theatre”…n kne sebut OK seperti sebutan org Indonesia la, bkn org Msia…say it “OKA”^^

me, syeema n yad was quite excited n nervous at the same tym coz we were going to have our mid test in the OK~!! plus, the supervisor is Dr. R. Rahmawaty…erghhhh~~

Copy of DSC07571


ade rupa attendan kat Msia tak??? ade kan… T.T but wat to do…mmg ini yg kami kena pakai as Dokter Muda utk masuk dlm OK..sumer pon kena beli sendiri..dr baju, penutup kepala sampaila ke masker…sy n yad x bwk masker pg tu, so kami pon kelam kabut la mencari masker…mintak kat perawat, dorg kedekut giler xnak bg…dahla urgent, byk pulak cengkadak dorg..geram btol…last2 kami amik jek mase perawat tu xdek…harap maapla ye, kami mintak bebaik, korg xnak bg..huhu~

Copy of DSC07573

beginilah keadaan kami sementara tgu operasi dimulakan…xde rupa doc kan? ahaks~ bile lagi doc nak buat aksi camni kan..nnt kat Msia xle dah..malu~ ^^ tgk kasut yg kami pakai…ade rupa Crocs kan?? hehe~ nak masuk OK ni, kunun jek xle pakai ape2 yg bwk sendiri, tp kami x kne scrub, buleh pakai jam, cincin, dan mcm2 lg…kunun sterile la, tp hampeh~! camne la patient x kena secondary infection…haish~

Copy of DSC07578

there we are in the OK…^^

there were 2 op dat day…but both r for Cataract, n one of the patient had IOL…a simple op i guess, since we r currently in Dept. Mata…more op r coming for sure~ =)

i enjoyed watching op, but i dun noe if im suitable to be a surgeon…for now, i dun have any interest to be one, but who knows, rite??

i was afraid of blood actually, back then when i was in Form 4@5, but i improved drastically, since i entered medical field~!! gud job, Syida..hehe~ now teringat kat Mucit yg mmg xle tgk any op, even cume video, die sgt takut, die akan rase nak muntah..huhu~ lucu, but mgkn sbb tu die x amik med, die jd engineer…^^ tp melampau btol, video eksiden pon die xle tgk..haha~ =)

so abes citer fsl fess tym masuk OK…^^

Andai Kau Pergi..

Posted in L.O.V.E on November 11, 2009 by miss shieyda

dah lame tak dgr lagu nih snarnye… “Andai Kau Pergi” by Indigo…lagu mase sekolah menengah dulu..huhu~

td dgr kat Hot.FM, jadik rindu lak nk dgr lg…dulu sgt suke lagu nih. zaman2 cinta monyet dulu..keke~ now bile dgr balik, buleh ke nk dedicate part of the lyric to him?? hehe~

Dikau pernah berkata
Akulah segalanya
Tanpaku tak mungkin kau bahagia
Namun di sebaliknya
Setelah ku percaya
Kau bersikap dinginku terpinga
Andai kau pergi
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku
Dengan sepenuh cinta
Daku tanam di dada
Dengan harapan terbina istana

Apakah di mindamu
Mengapa kau membisu
Hanya katakan kau masih menyinta
Ku tak mengerti
Mengapa kau bersikap sebegitu
Andainya
Kau tahu hatiku
Betapa penuh di dada menyintamu
Sayang
Ku masih tidak mengerti
Ke manakah hilangnya cintamu
Jiwaku resah dan sepi
Andainya kau pergi

ok…sy dah donlod lagu ni…now buleh dgr byk2 kali smpi busan..haha~

utk si dia, u noe how much u mean to me….tak perlu lirik tu pon, u noe rite??? but saje suke2 bt entry ni…nnt dh tua2 leh la dgr lagu ni lg…hehe~ ^^

mengapa??

Posted in cOrEt-CoreT, islam on November 10, 2009 by miss shieyda

Kita sering bertanye kpd diri sendiri dan kpd sekeliling, knp kite begini, knp kite begitu, knp kite xdpt ini, knp kite x dpt itu…dan kite juga mgkn sering menyalahkan takdir utk segala sesuatu yg terjadi, dalam sedar atau pun tidak…sedangkan seharusnya kita tahu semua yg berlaku ade hikmah, sama ada dlm mase terdekat ataupun tidak…dan jawapan utk semua pertanyaan tu sebenarnye ade…

 

1) KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

3) KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

4) RASA FRUST?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

5) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

6) APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

7) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

8) AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 12


segala masalah yg menimpa kita sebenarnya sesuai dgn kemampuan kita…so dun giv up n dun blame anyone or anything…believe in urself n keep fighting..insyaAllah sooner or later, everything will be fine again, as long as u dun lose ur hope…He’s there to help us…=)

(pesanan ni utk diri sy jugak yg sll fragile~)

hati…senyumlah~

Posted in cOrEt-CoreT on November 2, 2009 by miss shieyda

hanya Allah tahu ape perasaan ini skrg…

senyumlah hati…

keep on smiling wpn kamu terluka…

u r the stubborn one, so dun complain..

be strong, my dearie hati~

nur kasih~

Posted in cOrEt-CoreT, L.O.V.E on November 1, 2009 by miss shieyda

nurkasih

sy rase sgt ramai yg tergila2 kan citer melayu nih…dan sy termasuk salah sorg dr mereka2 itu..^^

citer ni mmg lain drpd yang lain, one of the best malay series i’ve ever watched..every week pon x sabar nk tgk episod yg baru..ye tak?? huhu~

td sy baru lepas tgk episod yg terbaru, credit to syeema of course yg mmg rajin donlod citer..sy mintak je..haha~

tp ntah knp kali ni sgt beremosi tgk citer tuh… T__T poligami sgt sensitif utk sy, wpn yes, sy blom pernah melalui itu..tp sy sgt takut dgn kemungkinan yg buleh terjadi satu hari nnt..sbb sy tahu sy bkn perempuan yg cukup kuat utk berhadapan dgn poligami..cume dgn membayangkan je pon air mata sy dah melaju mcm air sungai, ape lagi utk betol2 alami bnd tuh.. T_T

sy dan takde sesiapa pon yg tau ape yg dah tertulis utk masa depan, tp sy sgt berharap sy tak perlu berhadapan dgn itu..perkahwinan itu indah, dan sy berharap poligami tak mencemarkan keindahan tu…sy tak yakin seorang lelaki buleh betol2 adil, dan sy tak yakin takkan ade yg terluka walaupun keadilan tu ade..sy sendiri mgkn buleh berlakon sy gembira tapi hanya sy yg tahu..sy ckp mcm sy dah pernah melalui kan..huhu~ tp percayalah, diduakan itu bkn pilihan dan kenyataan yang indah…

quote from the series :

“sy tahu sy dah tiada dlm hati awak, tp awak masih ade dlm hati sy. sy redha dgn ape pon yg awak nak buat, asalkan sy masih jadi isteri awak”

bg sy itu adalah realiti yg terjadi dlm hidup seorang perempuan bila die btol2 sayangkn seorang lelaki…perit utk berhadapan dgn cinta yg tak mendapat balasan tp kadang2 bersabar dan terus menunggu shj pilihan yg ade..walaupon tak semua org akan faham knp pilihan itu yang perlu dibuat, tp sy percaya hanya yang menghadapi tahu knp die memilih utk terus menyayangi, dan ape perasaan dia…

ape pon, hidup terlalu singkat utk kita mengelak dr segala risiko. jalani ape yg ade dan sy percaya Allah akan bantu hamba-Nya yg cuba dan selalu bersabar dgn dugaan yg ade..InsyaAllah~

citer “Nur Kasih” ni ade pengajaran yg kite buleh ambik, so jgn cume setakat menonton shj..huhu~ (pesanan utk diri sy sendiri jugak)

Wallahualam…