Archive for the islam Category

Salam Maal Hijrah~

Posted in islam, L.O.V.E on December 18, 2009 by miss shieyda

18 December 2009 >> tahun baru utk muslimin muslimat~

hopefuly masih belom terlambat utk wish Selamat Tahun Baru…setahun tahun Islam dah berlalu, pasti sgt banyak yg kite semua buat, sama ada baik ataupon buruk, dan sy tak terkecuali dari itu…semoga segala kebaikan mendapat rahmat dari-Nya, dan segala dosa diampunkan… T__T

harapan di tahun baru ni pastinya banyak :

1. diri sendiri

– penyakit malas dapat hilang esp malas utk membaca because medicine is a longlife learning…

– koas berjalan lancar tanpa masalah2 yg besar sbb dah tak sabar nak balik Msia for gud…nak bekerja n dapat gaji, n kumpul duit utk kawen..haha~

– jadi insan yg lebih baik dari yg sebelum2 nyer…


2. family

– abah : sll sihat, lebih sll ade kat rumah,

– mak : sll sihat, sll bahagia, sll gembira, sll syg kan sy spt biasa ^^.. (sgt sygkan mak~)

– adik : sll sihat, kerja berjalan lancar, cpt2 kumpul duit utk kawin (sian tunang kamu tgu lame2) hehe…

– rahim : sll sihat, kerja berjalan lancar, semoga plan utk sambung blaja tercapai (kakak support dr blkg), sll dilindungi dari yg buruk (risau sbb die dok KL)

– izzi : sll sihat, rajin2 blaja, dapat keputusan PMR yg baik, kurangkan mkn sbb die sudah overweight. haish~ kurangkn nakal…

– fahmi : sll sihat, rajin blaja, sll sygkan kakak spt yg sllnyer ^^ (sgt rindukan mimi), tetap jd adik plg manje..=)


3. kekasih hati

– sll sihat

– kerja berjalan dgn lancar dan x sll bz..huhu~

– dpt permanent dan NAZA yg dekut tu naikkan gaji~ ^^

– selalu cumel, ketawa, gumbira, bahagia, dan sygkan sy~

– tak nakal2…

– kami menjadi lebih baik dr sebelum nyer…

– semoga jodoh kami dipanjangkan dan dapat bersama 1 hari nnt…^^


4. kawan2

– semuanya sihat, semua yang dibuat berjalan tanpa mslh, semua impian tercapai..


sy sgt sayang kan semua yg ade kat atas ni…dan sy berdoa yg terbaik utk mereka2…amiin~

Salam Maal Hijrah utk semua~

10 surah yg mujarab~

Posted in islam on November 18, 2009 by miss shieyda

Salam semua~

today nak share 10 surah dlm Al-Quran yg mujarab, dan digalakkan utk diamalkn oleh Nabi Muhammad S.A.W…

pesanan ni utk diri sy jugak yg sll lupe…buleh sentiasa nyanyi lagu, tp surah lupe plak…apela Syida oiii~

so, Selamat Beramal~!!! ^^


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHA
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL -MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang
sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL -FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

mengapa??

Posted in cOrEt-CoreT, islam on November 10, 2009 by miss shieyda

Kita sering bertanye kpd diri sendiri dan kpd sekeliling, knp kite begini, knp kite begitu, knp kite xdpt ini, knp kite x dpt itu…dan kite juga mgkn sering menyalahkan takdir utk segala sesuatu yg terjadi, dalam sedar atau pun tidak…sedangkan seharusnya kita tahu semua yg berlaku ade hikmah, sama ada dlm mase terdekat ataupun tidak…dan jawapan utk semua pertanyaan tu sebenarnye ade…

 

1) KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

3) KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

4) RASA FRUST?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

5) BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

6) APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

7) KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

8) AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 12


segala masalah yg menimpa kita sebenarnya sesuai dgn kemampuan kita…so dun giv up n dun blame anyone or anything…believe in urself n keep fighting..insyaAllah sooner or later, everything will be fine again, as long as u dun lose ur hope…He’s there to help us…=)

(pesanan ni utk diri sy jugak yg sll fragile~)

Puasa Enam

Posted in islam on September 30, 2009 by miss shieyda

Arini dah 11 Syawal~ brape org dr kite dah selesaikan puasa enam Syawal nih?? huhu~ sy pon x abes lg, in fact baru nak start, susah btol nak start pose sbb masih ramai yg mengajak makan2.. ^_^ tp harus mula jugak~!!  Saye nak share article yg sy dpt fasal Puasa Sunat Syawal ni..

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w :

“Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …”

Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan,

“Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda,

Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164).

Dari Tsauban, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.”

Mungkin ada yg tertanya2 perlu ke puasa sunat ni dilakukan berturutan..

“Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal”.

Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal. Sebagaimana Allah berfirman,

“Maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48).

Sy rase ramai perempuan yg agak keliru sama ada puasa sunat ini boleh dilakukan bersamaan dengan puasa qada’ atau harus mengganti puasa qada’ dahulu baru melakukan puasa sunat..Jika seseorang mempunyai tanggungan puasa (qada’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qada’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban.

“Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, hendaklah ia mendahulukan qada’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qada’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”

Sebagai kesimpulan, marilah kite same2 ambil peluang yg ade ni…x byk pon 6 hari tu kan, kalau 30 hari mase Ramadhan kite buleh buat, yg ni pasti buleh jugak~!! =) bkn senang nak dpt pahala puasa 1 tahun kalau x buat puasa 6 ni…Allah dh bg jalan yg sgt sng utk kita kumpul pahala, jadi ape salahnye kite grab ape yg ade kan? pesanan ni utk diri sy sendiri jugak…Wallahualam~

Selamat Berpuasa Sunat Syawal to all~~ =)

sblm atau slps??

Posted in islam on September 13, 2009 by miss shieyda

snarnye agak confuse camne nk kira mlm Ramadhan..

cthnye, kalau arini pose ke-23, mlm ni mlm ke berapa?

ade yg kate mlm ni mlm ke-23 gak..

tp ade yg kate mlm smlm mlm yg ke-23, sbb klu kira terawih, camtu la kan..

yg mane 1 ek? sblm ke selepas siang 23 tuh?

yes, nk kire utk mlm ganjil, tp sy tau x sepatutnye mcm tu, kne cari mlm Lailatul Qadar di setiap mlm…malu nyer…huhu~

tp x salah utk find out yg sebenarnye kan? =)

anyone~??? tenkiu ya~

Lailatul Qadar..

Posted in islam on September 11, 2009 by miss shieyda

tadi sy ade terbace fasal petua cane nk carik mlm Lailatul Qadar dr one of my fren’s blog..

so nak share ngan sumer tips yg agak menarik ni…

semoga kita sumer berusaha utk dptkn mlm 1000 bln ni..amiin~ =)

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADARJIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III)SELASA ATAU JUMAAT – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 September 2009

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI – 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

utk incik mucit yg ade d Gurun, Kedah…selamat beramal~!! =)

jgn lupe doa utk sy ye…

ahlan wasahlan Ramadhan~

Posted in islam on August 24, 2009 by miss shieyda

ahlan wasahlan Ramadhan…

alhamdulillah dpt lg jumpa dgn Ramadhan dis year…

hopefuly ini bukan Ramadhan yg terakhir..amiin~

arini dh 3 Ramadhan, hopefuly blom terlalu terlmbt utk wish Hepy Ramadhan to all…

sgt bz bbrp hari ni smpi x sempat n x larat nk update ape2..

may dis Ramadhan makes us a better person…

mari kite amik kesempatan yg ade ni utk same2 tambahkan ibadah yg buleh, Dia dh bg jalan yg sgt senang utk kita kumpulkan pahala sebyk yg mungkin mase bln yg sgt mulia ni..mari kita same2 berusaha tambah harta di bahu kanan kita..(pesanan utk diri sy sendiri)~

utk family yg ade di Msia, sy sgt rindu nak puasa kat umah, hopefuly dis is d last Ramadhan here in Medan… T_T

utk mucit, slmat puasa di Msia afta 6 years puasa di Korea..njoy ur Ramadhan at home…semoga kita jd yg lbey baik, dan semoga kita lbey dipermudahkan di bln Ramadhan ni…

selamat berpuasa to all~!! ^^